Monday, September 27, 2010

Sketsa Sahabatku

Cerita ini adalah cerita yang telah berlaku pada seorang sahabatku...

    sepasang merpati yang bahagia berterbangan diruang udara, terbang bebas tiada halangan dari pokok, ribut taufan, pemburu... yang ada hanyalah pelangi yang indah di sekitarnya.. pemandangan yang cukup cantik membuatkan dua merpati tersebut bertambah akrab dan cinta yang penuh kepercayaan, dan penuh janji, diantara janji2nya :-
janji lelaki itu-
i) aku akan menjaga kau wahai pujaan hatiku hingga akhir hayatku..
ii) aku takkan mencari yang lain kcuali engkau, biarpun aku seorang play boy seketika dahulu, tapi sekarang aku insaf kerana mempermainkan kaum wanita. sekarang aku menemukan seorang yang dapat aku jadikan sebagai "isteri"...
iii) aku akan menemanimu hingga akhir nafasku..
iv) dan aku akan mencintaimu sepenuh hatiku, walau ribut datang melanda, puting beliung, sanggup ku redah kerna cintaku kepadamu...

selang beberapa minggu berlalu...

keadaan hari2 yang berlaku cukup indah, dan manis...
hinggalah pada suatu hari..
pada ketika itu sehabatku yang tengah membaca novel yang bertajuk seindah pelangi.. yang amat memilukan hatinya apabila seorang watak(lelaki) yang sanggup meniggalkan keluarga demi seorang kekasih yang di cintai... asyik khusyuk pembacaannya itu terhenti apabila dikejutkan ringtone masej yang bertajuk The campire song-song lagu tema spongebob squrepant di handfonenya..
setelah membuka masej itu, matanya terkaku apabila melihat ayat masej itu "kita break!" dari wanita kesayanggannya.. pada malam itu juga sahabatku terus meluru kearah motorsikal Modenas 130 cc nya.. lalu memecut ke pekan berdekatan, pada ketika itu prepaid telefonnya yang kehabisan, terpaksa menggunakan telefon kemudahan awam untuk menghubunggi kekasihnya.. tetapi tiada respond daripadanya, yang ada hanyalah voicemail.. sungguh sebak hatinya ketika itu. berderai air matanya jatuh keatas bumi, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa pilu penderitaan yang ditanggungnya.. ketika itu sahabatku tidak balik semalaman, sahabatku terus duduk di tepi sungai setompok(nama sungai) sambil termenung dan menangis sehingga cahaya matahari terbit..

    sejak peristiwa itu sahabatku terus menggurung diri di bilik, hanya kluar dari bilik apabila rasa lapar dan dahaga....... masa pun berlalu dengan cepat, sahabatku pun kembali ke pengajianya dan terus melupakan kekasihnya.. memang sukar untuk melupakan kekasih yang di sayangi..apatah lagi terpaksa memikul janji2nya... hidupnya ketika itu sungguh bebas, sebebas burung Layang-layang yang terbang kesana sini.. dan tiada yang menggongkongnya.. pada ketika itu juga dia bertekad tidak akan terpikat mana-mana wanita atau memikat.. dan jika ada pun hanya menungu kekasih yang di sayanginya... dan hanya sedikit berharap agar kekasihnya memberi sebab, kenapa meninggalkannya... hinggalah suatu hari, pada ketika itu sahabatku tengah kyusuk bermain gitar berwarna merah hitamnya., lagu yang di mainkan bertajuk "benci untuk mencinta" dari kumpulan Naif.. tiba-tiba telefonnya berdering yang menyayikan lagu "Telah aku berikan" dari kumpulan Republik, lalu terus di capai dan di gamatnya skrin, nombor telefon yang terpacul di skrin amat memeranjatkan, sebab sebelum ini kawannya tidak pernah menelefonnya selepas kejadiaan yang berlaku antara mereka.. kawanya pun berkata " jagalah kekasihmu sebaik-baik yang mungkin, dan telefon la dia di nombor ini" sahabatku pun terus menyalin nombor telefon itu di handfhone nya.. selepas dari itu sahabatku terus menelefon nombor tersebut, di dapatinya seorang perempuan yang teresak-esak menangis, tidak dipastikan apa sebabnya.. lalu di tanyanya kepada sehabatku " kau siapa?" terus sahabatku memberitahunya,sejurus itu, sahabatku tahu milik siapa kah suara itu, suara itu adalah milik kekasih yang disayangginya.. memang sukar untuk memahaminya... mereka terus berbicara hinggalah kekasihnya itu hendak berjumpa dengannya di suatu tempat keesokan harinya.. pada malam itu juga kekasihnya itu mahu kembali kepadanya.. tetapi sahabatku takut untuk menerima, takut kecewa buat kali kedua... sahabatku terus berkata " jikalau kau mencintaiku, aku mahu kau berterus-terang didepanku yang kau mencintaiku... pada keesokan harinya kita bertemu o.k?", "o.k" lantas kekasihnya.

keesokan harinya.....

    sahabatku telah sampai di lokasi penemuan mereka, ketika itu sahabatku yang memakai baju kemeja berjalur-jalur kebawah berwarna hijau dan putih dan berseluar hitam panjang.. dan kekasihnya pula memakai tudung berwarna merah terang dan seluar berwarna hitam.. lalu sahabatku pun berkata "mana kata-katamu yang mahu mencintaiku, dan janjimu tidak akan mengecewakanku.." kekasihnya pun tersipu-sipu malu untuk mengatakan., sahabatku hanya diam dan menunggu kata-kata yang keluar dari mulut kekasihnya, tidak lama kemudian.. keluarlah kata-kata yang di nantikan,
" ya, aku mencintaimu".
"kalau kau mencintaiku, aku mahu kau berjanji tidak akan mengecewakanku buat kali seterusnya",
"ya, janji.! takkan mengecewakanmu, dan hanya kau yang aku cinta",
"ya... aku pun akan mencintaimu hingga akhir hayatku"..kata sahabatku..
begitulah perbualan antara mereka pada waktu itu. selepas itu, mereka bahagia kembali seperti dahulu..malah cinta mereka makin kuat... pada suatu hari, sahabatku bermimpi yang dia akan ditinggalkan oleh kekasihnya, dalam mimpinya itu sahabatku tidak mengetahui apa sebab dia ditinggalkan... lalu keluar sejernih air yang mengalir di pipi sahabatku pada ketika itu.. apabila keesokan harinya, sahabatku terus mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon kekasihnya... pada ketika itu kekasihnya baru bangun tidur.. dan sahabatku terus sahaja meluahkan kata-kata.. " aku rindu sama kau, aku mahu bersama kau selama-lamanya, setiap kali aku mahu tidur mesti aku ingat dengan kau, aku mahu kita hidup bersama dan memikul tanggungjawap" begitulah kata-kata yang dilontarkan oleh sahabatku... selesai dari itu, sahabatku terus berasa lega.. sehingga pada suatu hari, perasaan sahabatku semakin resah apabila tidak dapat menghubungi kekasihnya.... sahabatku terus bertanya kepada sepupu kekasihnya, untuk mengetahui kemana perginya kekasihnya lalu meninggalkan pesanan " kalau kau bertemu dengannya, cakap dengannya yang aku rindukannya..." . sehingga puas sahabatku mencari kekasihnya... puas sehingga tidak tertahan dirinya... lalu mengalirkan air matanya sepuas-puasnya.... sahabatku terus mencapai pen dan kertas lalu ditulisnya:-

"apa salah?
apa yg telah ku buat??
Bagaimana pula dgn
angan2??
cita2??
janji setia??
BINGUNG!!!!!!!!!!!!!!!!!!".

Ayat itu dimasukkan didalam kotak kenangannya bersama kekasihnya.. dua bentuk cincin yang berukir nama, serta 5 keping gambar kekasihnya...
Sehingga kini sahabatku terus dilema kekecewaan dan berjanji akan terus melupakannya.! dan tidak mengingatinya lagi untuk selama-lamanya... baginya kekecewaan yang lalu sudah cukup menyeksakan.. apatah lagi kini yang lebih menyeksakan, hingga mahu membunuh diri... tetapi, berbekalkan ilmu agama dari ibu bapa, guru-guru, serta sahabat handai.. sahabatku tidak akan melakukannya.... Tidak sama sekali!

To All:-
-Jangan terlalu mudah mengukapkan janji.
-Jangan terlalu percaya dengan kata-kata kekasih, kerana akan membinasakan badan.
-Anggap cerita ini pengajaran kepada generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment